02 February 2011

FANZURU



FANZURU
Hilal Asyraf
Galeri Ilmu
RM24.00, 314 hal

Hilal Asyraf kembali dengan buku motivasinya yang ketiga; Fanzuru dalam siri Langit Ilahi.

Fanzuru yang membawa erti ‘maka lihatlah’ menghimpunkan sebanyak 60 tazkirah yang mendidik jiwa. Tazkirah-tazkirah yang termuat di dalam buku ini mengajak pembaca untuk melihat dan memerhati dengan teliti dengan mata hati akan pengajaran yang ada di sekeliling kehidupan kita.

Pengajaran itu hakikatnya wujud di mana-mana. Kebaikan itu juga berada di mana sahaja. Bergantung kepada kita sahajalah samada ingin mengambil pengajaran atau tidak. Terpulang kepada diri kita sahajalah mahu memandang dan meneliti atau tidak. Maka sepatutnya, kita aktifkan jiwa-jiwa kita, agar mampu memangdang sesuatu perkara itu bukan sekadar dengan mata pancaindera, tetapi juga dengan mata hati.

Banyak teladan dapat dikutip daripada manusia-manusia yang kita temui dan bergaul dengannya. Inilah pengajaran dan pengalaman yang dikongsikan penulis hasil daripada pemerhatian dan pergaulannya.

1 comment:

melihat buku said...

Seorang penulis muda yang makin mencipta nama.

Related Posts with Thumbnails