23 December 2010

6 PERKARA ASAS MEMAHAMI KHILAFIYYAH




6 PERKARA ASAS MEMAHAMI KHILAFIYYAH
Ustaz Muhadir bin Haji Joll
Mawleed Publishing Sdn. Bhd
RM 30.00 , 294 hal




Buku ini adalah merupakan sebahagian kecil daripada tajuk-tajuk perbincangan beliau di dalam buku beliau yang berjudul PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA (buku yang tebalnya mencecah 1,000 halaman ini masih di dalam proses untuk dicetak). Isi kandungan buku 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah ini membincangkan beberapa perkara penting yang perlu difahami di dalam rangka memahami perkara-perkara khilafiyyah. Buku ini dibahagi kepada 2 bahagian:

Bahagian Pertama membincangkan tajuk:

~Bid’ah
~At-Tark
~Mafhum dan bentuk Ibadah
~Hadits Dhaif
~Ikhtilaf
~Mempercayai Ulama` dan pendapat mereka

Bahagian kedua (petikan perbahasan beberapa perkara khilafiyyah daripada kitab asal PERSOALAN KHILAFIYYAH DAN PENJELASAN ULAMA`, INILAH JAWAPANNYA yang membincangkan lebih daripada 117 persoalan)

~Melafazkan niat
~Posisi meletakkan tangan selepas takbiratulihram
~Menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud
~Doa qunut di dalam sholat Shubuh
~Kenduri/majlis tahlil
~Talfiq
~Tidak bermazhab dan lain-lain

Buku yang ditulis oleh Ustaz Muhadir bin Haji Joll (Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa) ini amat bermanfaat dan perlu (mesti dibaca) terutamanya kepada mereka yang mengkaji kebenaran. Kepada para pencinta ilmu dan kebenaran, asatizah, guru-guru, pensyarah, pelajar pengajian tinggi, buku ini perlu dimiliki segera !

No comments:

Related Posts with Thumbnails