24 May 2010
KHAZANAH TAFSIR DI MALAYSIA
KHAZANAH TAFSIR DI MALAYSIA
Prof. Madya Dr Mustaffa Abdullah
APIUM
RM30.00
Khazanah tafsir di Malaysia adalah himpunan data berkenaan pengajian tafsir al-Quran, tokoh tafsir tempatan dan karya kedinamikan tafsir. Ia menampilkan 26 tokoh tafsir dengan pelbagai karya tafsir dalam beberapa aliran tradisional, islah dan al-Dihlawi. Keadaan ini menggambarkan kedinamikan tafsir al-Quran di kalangan para ulama tempatan dan cendekiawan Islam di Malaysia.
Isi kandungan buku tafsir in amat sesuai dengan keperluan masyarakat Islam untuk memahami tafsir al-Quran. Ia dimulai dengan sejarah perkembangan pengajian tafsir di Malaysia dan sistem pengajian yang diguna pakai. Ia juga menyentuh tentang sejauh mana pengajian tafsir mendapat tempat di Malaysia berbanding dengan disiplin ilmu-ilmu lain. Buku ini juga memaparkan karya dan bentuk penulisan yang dihasilkan dalam pengajian tafsir serta tokoh tafsir di Malaysia yang telah berjuang mengembangkan pengajian tafsir sama ada melalui pengajian mahupun penulisan.
Buku ini amat mudah difahami dan sesuai dijadikan rujukan dan bahan bacaan semua peringkat sama ada sekolah menengah, institusi pengajian tinggi mahupun orang awam.
Paparan data-data dalam buku ini menobatkan jasa dan pengorbanan ulama Melayu dalam penghasilan karya tafsir. Semoga jasa mereka dikenang dan khazanah ilmu yang ditinggalkan dapat dimanfaat dan tidak hilang ditelan zaman.
KLIK SINI untuk membelinya, sinopsis diambil dari sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment