14 January 2010

GELOMBANG KEBANGKITAN DAKWAH KAMPUS



GELOMBANG KEBANGKITAN DAKWAH KAMPUS
oleh Ummu Anis



Kebangkitan Islam telah berlaku sejak 1900 lagi. Apabila berlakunya kebangkitan Islam pada waktu ini, golongan berpendidikan tinggi merupakan pemangkin utama yang memainkan peranan dalam kebangkitan tersebut.

Demikian juga halnya dalam kebangkitan Islam yang muncul dalam tahun 1970an, para pelajar di institusi pendidikan tinggi atau mahasiswa juga telah menjadi daya penggerak utama kepada kebangkitan Islam pada ketika itu. Dalam dekad tersebut, kebangkitan Islam bukan sahaja digerakkan oleh mahasiswa di dalam negara bahkan juga di kalangan mahasiswa yang mendapat pendidikan di luar negara terutama di United Kingdom.

Penglibatan pelajar dalam kebangkitan Islam di dalam dan di luar negara merupakan satu fenomena yang luar biasa. Namun sudah pasti kejadian tersebut mempunyai faktor-faktor yang tersendiri. Walaupun begitu penglibatan dan peranan yang dimainkan oleh pelbagai persatuan yang terdapat di sekeliling pelajar amat menarik untuk dikaji.

Dapatkan buku ini bagi mengetahui sejarah asas aktivisme pelajar di kampus sejak 1970an.

untuk dapatkan buku ini, silakan ke blog penulis buku ini ; ummu anis

2 comments:

Welma La'anda said...

salam kak,

mungkin boleh ceritakan sedikit latar belakang ummu anis? ;)

pondok buku said...

salam sis,

sis klik kt 'ummu anis' tu ye. ask tuan punya badan better kot.;=)

Related Posts with Thumbnails