28 December 2009

TIPS CEMERLANG UNTUK PESAKIT



TIPS CEMERLANG UNTUK PESAKIT
Syeikh Badiuzzaman Said Nursi
Pustaka Azhar
RM 8.00, 133 hal


Penyakit tidak dapat dielakkan. Ianya pasti mengunjungi setiap insan tidak kira samada tua, muda atau kanak-kanak. Penyakit tidak mengenal jantina dan umur. Semua manusia diserangnya pada bila-bila masa yang dikehendakinya.

Dengan itu, sakit sebenarnya adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia mengajar dan mendidik. Penyakit terkecil apa lagi terbesar adalah takdir ALLAH yang mempunyai maksud tertentu. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih. ALLAH takdirkan datangnya penyakit bukanlah untuk menyusahkan hamba-NYA. Marilah kita sama-sama mencungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan kepada kita. Penyakit yang kita deritai sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji.

Islam memberi panduan asas yang berguna dalam menghadapi dan mengubati berbagai jenis penyakit. Buku ini cuba mendedahkan mengenai hikmah dan keindahan di sebalik sakit, selain mengandungi panduan merawat dan menghibur pesakit. Hanya kepada ALLAH S.W.T. kita berserah diri, agar segala yang kita usahakan mendapat rohmat dan keredoan-NYA, ensha ALLAH!

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails