28 December 2009

SEINDAH MAWAR BERDURI



SEINDAH MAWAR BERDURI
Fatimah Syarha Mohd Noordin
DBP
RM29.80, 557 hal


Cinta adalah sesuatu yang didambakan oleh manusia. Cinta yang murni berlandaskan ajaran agama membawa manusia ke arah kebahagiaan. Cinta yang berlandaskan nafsu pula boleh membawa manusia ke lorong kehancuran. Namun, cinta yang datang itu adalah anugerah Ilahi yang menguji keimanan manusia. Haruskah cinta itu ditolak tatkala usia remaja yang diharungi menuntut tumpuan untuk mencicip madu ilmu yang akan menjadi bekalan untuk mencapai kehidupan yang sempurna di dunia dan di akhirat?

Khazinatul Azrar, seorang siswa jurusan sains di sebuah universiti, terdidik dalam landasan agama sejak kecil. Ketinggian sahsiah dirinya benar-benar memukau insan-insan yang berada di sekelilingnya. Tsabit, Mukhlisin, dan Asyraf masing-masing mengimpikan cinta Khazinatul Azrar. Dengan kelebihan tersendiri, masing-masing berusaha memenangi hati gadis dambaan. Ibarat mawar berduri, cantik dipandang tetapi memiliki duri sebagai pelindung diri, Khazinatul Azrar tidak mudah tersirna dengan kilauan cinta berlandaskan nafsu. Baginya, cinta yang agung dan kudus hanyalah cinta kepada ALLAH. Namun, adakah ada insan yang berjaya mencuri hatinya?

2 comments:

nadia amalina said...

assalamualaikum...
di mana sye boleh dapatkn buku ni??

pondok buku said...

salam cik,

ada sebuah.jika cik mahu, cik boleh sms kan nama penuh n alamat lengkap. maklumat selanjutnya akan sy maklumkan (sms) kemudian.

jazakillah sudi singgah.

Related Posts with Thumbnails