24 December 2009

CINTA DAN RINDU MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH


CINTA DAN RINDU MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Ibnu Qayyim Al Jauziyyah
Crescent News
RM 25.90 , 443 hal


IBNU Qayyim Al Jauziyyah hidup pada abad kelapan Hijrah. Terkenal sebagai ulama soleh. Juga seorang ahli hukum Islam dan ahli psikologi yang pakar mengenai cinta.

Dalam bukunya ini, kita diajak untuk menyelami permasalahan cinta dan rindu serta selok-beloknya. Menerusi kajian yang utuh dan jauh daripada syubhat, beliau mampu menampilkan hakikat fitrah cinta dua anak manusia yang berlainan jenis.

Diantaranya beliau berkata, "Cinta merupakan cermin bagi seseorang yang sedang jatuh cinta untuk mengetahui watak dan kelemahlembutan dirinya dalam citra kekasihnya. Kerana sebenarnya, ia tidak jatuh cinta kecuali terhadap dirinya sendiri".

Dalam keseluruhan 29 bab, beliau membicarakan mengenai istilah cinta dan tanda-tandanya, pembahagian cinta serta motifnya, hukum hakam dan kaitannya, cinta yang benar dan cinta yang merosakkan. Yang kesemuanya didukung dengan butir-butir tafsir ayat, hadits-hadits Nabi, masalah fiqh, atsar orang salaf, syair dan gejala-gejala alam, sehingga diharapkan boleh memberikan kepuasan bagi sesiapa yang membaca dan mempesonakan sesiapa yang melihatnya.

No comments:

Related Posts with Thumbnails