04 November 2009

SAYAP SUTERA


SAYAP SUTERA
Zara
Dewan Bahasa dan Pustaka
RM 25.00, 260 hal



Sayap Sutera adalah penerbitan novel pertama yang mengetengahkan konsep Didik Hibur iaitu konsep novel mendidik sambil menghibur dengan kaedah yang berlainan dari biasa. Novel ini menceritakan kisah cinta di antara 2 manusia dan cinta mereka kepada Allah.

Ia mengisahkan perjalanan Mazlan dan Ireen, perempuan keturunan Cina untuk mencari kebenaran hakiki. Perjalanan yang bermula dari Langkawi terus ke Hong Kong, Taipeh, China dan Iran memberi pengajaran mengenai Islam yang tidak pernah terlintas di kotak fikiran mereka. Kebanyakannya secara kebetulan. Semuanya kerana solat yang membuatkan mereka mengenal diri, mengukuhkan cinta suci Mazlan kepada Allah dan cinta Ireen kepada Mazlan. Apakah sebenarnya yang dicari oleh Mazlan dan mengapa Ireen tertarik dengan Islam. Novel ini meleraikan jawapannya.

Novel bercorak agama ini adalah yang pertama diterbitkan yang memberi pengetahuan dan pendidikan mengenai solat dan diselitkan dengan falsafah dan pengertian Islam yang tinggi tetapi melalui pengolahan yang mudah difahami dan menghiburkan. Novel pertama yang mempunyai nota kaki sebagai penjelasan kepada perkara-perkara solat yang diceritakan di dalam novel harus dibaca oleh semua.

No comments:

Related Posts with Thumbnails