19 July 2009

MUJAHID CINTA


MUJAHID CINTA (Panduan Luahan Hati dan Cinta Suci)
Irwanto al-Krienciehie
Global Aksara / ar-Risalah
RM 18.90


Bacaan para remaja Kekasih ALLAH.

Menjadi remaja Muslim atau Muslimah masa kini dalam menjalani kehidupan harian berlandaskan tuntutan ajaran Islam penuh dengan cabaran dan dugaan, terutamanya di bandar-bandar besar. Penuh rayuan dan godaan jutaan maksiat! Menoleh ke kanan atau ke kiri, aduh!...aurat berselerak tidak terkawal. Berjalan ke hadapan, ramai orang mabuk. Berjalan agak jauh sedikit, ya Ilahi...sesat ke lembah hina.

Subhanallah!... Jadi, bagaimana agaknya agar kita mampu menjadi kekasih ALLAH S.W.T? Ya, tidak ada jalan lain kecuali berjihad. Jihad dengan penuh cinta, lillahi ta'ala!.

Tapi, jangan salah faham. Jihad di lorong-lorong maksiat bukanlah dengan menayang pisau, kayu pemukul atau senjata untuk membunuh, tetapi menggunakan iman, ilmu pengetahuan dan keterampilan (skills). Kita berjihad sepenuh hati untuk memberi penyedaran dan terapi terhadap sesiapa pun yang terlanjur tenggelam dalam kancah dosa dan nista maksiat.

Insya Allah, dengan gerakan jihad cinta itu, akan ramai kaum remaja yang terlepas dari jerat noda dan dosa, selamat dari zina dan penyakit kelamin seperti siflis dan AIDS.

Bagaimanakah caranya agar saya juga boleh menjadi sebahgian dari mujahid cinta? Bacalah buku panduan gaya hidup generasi muslim ekstravaganza ini : generasi muda yang pintar, berwawasan dan bertanggungjawab dalah kekasih ALLAH S.W.T ... Insya Allah.

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails