19 July 2009

HATI MENGUKIR KATA


HATI MENGUKIR KATA - KATA HATI vs KATA ILAHI
Norinsafrina Mustaffa Kamal
Buku PRIMA
RM 10.00

Seringkali hati kita membisikkan kata-kata yang negatif. Malah merungut pada sesuatu yang tidak kena bukan sahaja pada diri sendiri malah pada kehidupan juga persekitaran. Kita lalai dan alpa. Juga sering tidak bersyukur dengan apa yang ada. Namun kita lupa, ALLAH telah menetapkan sesuatu itu seiring dengan keupayaan hamba-NYA.

Hati mengukir kata mengisahkan tentang rasa hati yang lemah dan sering mempersoalkan tentang kenapa dan mengapa. Dicoret dalam bentuk cerita yang memaparkan senario realiti kehidupan sehari-hari. Dilengkapi dengan padanan ayat-ayat al-Quran yang bersesuaian untuk menenteramkan jiwa.

kata hati, ' kenapalah nasib aku selalu macam ni?'

kata Ilahi, " Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan ALLAH dengan jalan sabar dan solat kerana sesungguhnya ALLAH menolong orang-orang yang sabar." suroh al-Baqarah (2) : 153

No comments:

Related Posts with Thumbnails