19 July 2009

AYYUHAL WALAD


AYYUHAL WALAD (WAHAI ANAKKU YANG TERCINTA)
Imam Al-Ghazali
Khazanah Banjariah
RM 5.00



Apabila kita cuba meneliti kandungan surat Imam Al-Ghazali r.a ini, kita akan mendapati bahwa beliau sangat ikhlas sekali didalam memberi nasihat dan dicelah-celah ungkapan beliau tersingkaplah kebolehan Imam al-Ghazali dalam menggambarkan tipuan negeri dunia yang fana ini dan kekalnya negeri akhirat dan betapa perlunya kita kepada iman, 3amal soleh dan kejernihan jiwa.

Kita juga dapat melihat kasih sayang Imam al-Ghazali terhadap murid-muridnya menerusi nasihat ini kerana ia disampaikan dalam bahasa yang halus, mencuit perasaan, menyentuh hati nurani sehingga kadang-kadang dapat mengalirkan air mata dan memberikan kesan yang sangat mendalam sekali di hati para pembacanya dan membawa kepada suatu perubahan dalam kehidupan.


:pondok:- kepada yang pernah menanyakan tentang buku ini, jika masih mahu, mohon sms sy.

No comments:

Related Posts with Thumbnails