22 October 2008

salam buat semua

salam buat semua pengunjung pondokbuku yg saya slalu hormati. didoakan semua tetap dalam iman dan slalu diberkati-NYA dalam setiap urusan.

sebenarnya, sy dalam perancangan untuk membuat satu lagi blog sampingan kepada blog pondokbuku ini. sebuah blog di mana di situ sy ceritakan pandangan peribadi sy tentang beberapa buku, yg sy paparkan di blog pondokbuku ini, juga tentang sebahgian penulis, juga beberapa berita atau kesah2 mungkin,segalanya tentang dunia buku, lebih tepatnya dunia buku/bacaan sekitar sy. ensha ALLAH, bulan hadapan sy mulakan sedikit demi sedikit. sy berhasrat begini, salah satunya kerna, ada beberapa perkara yg sy sangat ingin kongsikan kepada saudara/saudari tapi sy tak dapat tuliskan di blog pondokbuku ini. kerna sy tak mahu blog ini kelihatan serabut dan bercampur baur dgn paparan buku2 yg ada di sini. harap semua dapat mendoakan agar hasrat itu menjadi.

di kesempatan ini juga, sy ingin memberi tahu, bagi mereka2 yg telah menempah buku, buku2 akan sy poskan hari ini, ensha ALLAH. selebihnya, akan sy uruskan minggu berikutnya. kerna sy ada urusan ke kl. kesihatan yg semakin tak menentu juga menyebabkan banyak2 buku2 yg tertangguh. diharap dapat bersabar dan sudi memberi keringanan pd sy. namun bagi yg baru hendak menempah buku, silakan. sy alu2kan. mudah2an kesihatan beransur pulih dan sy dapat memberi perkhidmatan yg baik dan cepat.

buat semua, sy dahulukan dengan ucapan terima kaseh. juga doa.

teruskan membaca, kerna membaca slh satu jln mendapat ilmu, dan teruskan mencari ilmu, kerna dgn ilmu selamatlah jalan kita dalam mendekati-NYA.

salam.

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails