22 October 2008
LIKU-LIKU JALAN KETUHANAN
LIKU-LIKU JALAN KETUHANAN
Hj Ibrahim Bin Hj Mohammad
Jahabersa
RM 16.90 ,212 hal
Sufi sejati tidak sibuk dengan lintasan-lintasan ilham,bermain-main dengan dunia firasat, lena dalam dunia karamah atau terhenti pada pintu kasyaf.Mereka melanggar segala pintu-pintu tadi tanpa perasaan selera kerana matlamat pengembaraan mereka ialah untuk menenggelamkan diri sedalam-dalamnya dalam lautan ubudiyyah kepada Allah SWT.
Berhati-hatilah, kerana antara haq dan batil kelihatan sama, hanya dengan rahmat Allah dan ketajaman mata hati dapat melihat perbezaannya.
Sesungguhnya pendidikan Tasawuf adalah untuk mereka yang mencari kefakiran diri dan meninggalkan pakaian kesombongan dan keduniaan.
Buku ini sarat dengan fakta dan jawapan kepada pelbagai persoalan di sekitar dunia Kesufian. Tasawuf dan Tariqah. Juga menjelaskan disiplin-disiplin dan prinsip-prinsip penting yang wajib dipelihara, khususnya di kalangan para salik, dalam menempuh perjalanan menuju Allah.
Buku ini pastinya mampu memberi iktibar berharga dan penyuluh kebenaran agar Salik tidak terpedaya dengan perjalanan yang menyeleweng dari landasan Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment