11 April 2008

HIMPUNAN HADITH DHO'IF DAN MAUDHU'


HIMPUNAN HADITH DHO'IF DAN MAUDHU'
JILID 1 & 2 (HC)
DRS. ABDUL GHANI AZMI BIN HAJI IDRIS
al-Hidayah publishers
RM , 655 hal , RM

Dilahirkan pada tahun 1933. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (Mal, Pasir Putih, Kelantan. Beberapa tahun belajar di pondok dan Sekolah Wakaf Bunut, Pasir Putih, Kelantan- Bekas siswa di Perguruan Tinggi Agama Islam Negeri (P.T.A.I.N.) dan Institut Agama Islam (LA.I.N.> "Al- Jami'ah Al-Islamiah". Jogjarkarta. Indonesia (1955- 1963). Bekas Penolong Nadir dan Nasir Guru-guru lgama di Sekolah Rendah Kerajaan Kelantan (1966- )9-8). Bekas pensyarah di Maktab PerguruanTeruntum, Kuantan, Pahang, Maktab Perguruan Baru Rakit, Kuala Terengganu dan Maktab Perguruau Pengkaian Chepa, Kota Baharu, Kelantan. Bersara pada Januari, 1989. Pengasas mania Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri. Kelantan. Setiausaha kepada Jawatankuasa Pembentukan Pusat Pengajian Tinggi Islam tersebut yang dipimpin oleh Datuk Muhammad Nasir, kemudian menjadi Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Jawatan Akademik kepada Pusan Pengajian Tinggi Islam negeri Kelantan di bawah pimpinan Dato Muhammad Asri bin Haji Muda. Pernah, berkhidmat sebagai pengarang Majalah Pengasuh, sebagai Ahli Majlis Lembaga Peperiksaan Sijil-sijil Sekolah Agama Majlis Agama Islam, Kelantan, anggota kepada Jawatankuasa Buku- buku untuk sekolah-sekolab agama tersebut. Lebih kurang 10 tahun memimpin ABIM negeri Kelantan .sebagai Yang Dipertuanya.

Walaupun para ulama dari sejak awal-awal lagi telah bangkit menentang fitnah dan gerakan pemalsuan hadis, namun penyebaran hadis-hadis palsu terus juga bergerak, samada oleh musuh-musuh Islam yang menyamar sebagai orang Islam ataupun orang-orang Islam yang jahil atau oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi. Sehingga kini, hadis-hadis Maudhu' dan yang sebangsanya masih, tersebar meluas di kalangan masyarakat sehingga banyak dijadikan sandaran dalam urusan amal ibadat, kepercayaan dan lain-lain. Menjadi satu kesalahan besar menyebar dan mengamalkan hadis-hadis Maudhu' dalam urusan apa jua, bahkan kesesatan umat Islam berpunca dari sini. Menyedari akan hakikat ini, maka penulis dengan segala kelemahannya cuba menyusun buku ini dengan menyenaraikan hadis- hadis yang disebut Maudhu' serta hadis-hadis Matruk dan Mungkar yang tidak boleh digunakan dalam semua keadaan. Hadis-hadis ini dipilih dari buku-buku yang ditulis oleh para Muhaddisin dan pengkritik. Di antaranya ada yang disepakati dan ada yang diberkati Allah s w.t. Mudah-mudahan juga dapat membantu umat Islam mengelakkan diri dari tersesat dan semoga dapat dijadikan sebagai penbantu untuk membasmi penggunaan dan penyebaran hadis yang tidak dibolehkan dalam masyarakat kita.

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails