13 April 2008

IBADAH PEMBINA TAMADUN ISLAM

IBADAH PEMBINA TAMADUN ISLAM
Dato' Dr. Haron Din
PTS Millennia
RM 16.00 , 128 hal

sinopsis;

Buku ini menerangkan Islam sebagai cara hidup. Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai cara hidup? Apakah kita sudah menjadikan Islam sebagai cara hidup? Buku ini juga membicarakan berkenaan rukun Islam secara mudah difahami, sesuai bagi semua golongan, bemula daripada syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.

Siapakah saya? Dari manakah saya datang? Siapakah yang menciptakan saya? Mengapa saya diciptakan? Apakah peranan saya di dunia ini? Apakah pula misi dan visi saya dalam kehidupan ini? Apakah kesudahan selepas kewujudan saya ini? Ke manakah saya selepas mati? Ini adalah persoalan yang wajib dijawab oleh setiap manusia yang hidup di dunia. Manusia diciptakan Allah dengan matlamat tertentu. Matlamat itu dinyatakan dalam surah al-Zariyat, ayat 56 yang bermaksud, ?Dan tiadalah aku menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka memperhambakan diri kepadaku.? Ayat ini menjelaskan matlamat penciptaan manusia iaitu beribadah kepada Allah. Lalu, ramai yang mempersoalkan, bagaimana dengan manusia itu sendiri? Sekiranya matlamat penciptaan manusia adalah untuk beribadah, maka jangan pula diberikan akal dan nafsu kepada manusia. Tanpa akal dan nafsu, manusia mampu patuh tetapi dengan akal dan nafsu, manusia juga perlu fikirkan kepentingan dirinya sendiri. Inilah yang cuba saya perincikan di dalam buku ini. Ramai yang keliru dengan menganggap ibadah adalah bagi Allah. Ramai juga yang keliru, ibadah hanyalah solat, zakat, puasa, haji dan segala aspek ritual yang tidak ada kaitan dengan kehidupan seharian. Sebenarnya, ibadah adalah untuk manusia yang beribadah itu sendiri. Allah tidak memerlukan ibadah kita tetapi kita beribadah demi kepentingan dan kebahagiaan diri kita di dunia dan akhirat. Ibadah yang kita lakukan tidak pernah menambah ataupun mengurangkan kehebatan Allah. Ia sepenuhnya untuk diri kita sendiri. Ruang lingkup ibadah dalam Islam juga luas. Oleh kerana manusia dicipta untuk beribadah kepada Allah, maka sudah tentu dalam Islam, seluruh kegiatan manusia adalah ibadah kepada Allah. Asalkan ia diniatkan untuk Allah, maka segala-galanya menjadi ibadah. Cara fikir seumpama inilah yang masih kurang dalam masyarakat dan dengan penerbitan buku ini, saya berdoa semoga ia berupaya menjadi penyumbang dalam membetulkan semula pandangan Muslim berkenaan konsep ibadah dalam kehidupan. Saya sentiasa berdoa semoga usaha kecil ini dapat membantu dalam memberatkan timbangan amal saya sewaktu menghadap Allah di padang mahsyar nanti. Semoga saya juga berupaya menjadikan seluruh hidup yang singkat ini menjadi ibadah berpanjangan. Akhirnya kepada Allah juga kita memohon taufik dan hidayahnya.

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Bab 1:Ada Apa dengan Manusia
Pendahuluan, Islam adalah Cara Hidup Manusia yang Didatangkan daripada Allah
Bab 2:Islam Agama yang Terakhir, Pengkajian Islam
Bab 3:Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Bab 4:Sembahyang Lima Waktu
Bab 5:Pembahagian Zakat dan Kepentingannya
Bab 6:Puasa
Bab 7:Haji dan Umrah
Bab 8:Sifat-sifat yang Disukai Islam, Berkorban kerana Agama

No comments:

Related Posts with Thumbnails