09 April 2008

BENCANA (AL-IBTILAK)

BENCANA (AL-IBTILAK)
-pengertian dan konsep
Dr. Haji Muhammad Nur Lubis
Disemak Oleh : Dr. Mohd. Puzhi bin Usop (IIUM)/
Ust.Zairul Mat Zain (IIUM)
RM 15.00 ,330 hal

Bala atau dugaan merupakan bahagian yang terpisahkan dari kehidupan manusia. Seseorang yang hidup di alam dunia pasti mengalami apa yang dinamakan bala atau dugaan. Ini kerana dunia merupakan negeri ujian sedangkan akhirat pula adalah negeri balasan. Jadi, seseorang yang menyakini yang kehidupannya didunia ini akan berjalan lancar tanpa sebarang bala atau dugaan seolah tidak menyedari erti kehidupan yang sebenar.
Para kekasih Allah yang terdiri daripada rasul, nabi dan orang soleh tidak terlepas dan apa yang dinamakan dengan bala. Malah bala yang menimpa mereka selalunya melebihi bala yang dialami oleh manusia biasa. Bagaimanakah cara menghadapi bala bala ketika melanda kehidupan kita? Apakah hikmah di sebalik bala yang menimpa manusia? Benarkah doa, zikir dan sedekah mampu menolak bala?

Inilah antara perbahasan-perbahasan yang disentuh dalam buki ini. Selain itu, ia juga memuatkan bahasan mengenai pelbagai dugaan dahsyat yang menimpa para rasul, nabi dan orang-orang soleh. Dengan membaca buku ini, semoga kita selaku umat Islam lebih tabah dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan pelbagai ujian dan dugaan ini…

No comments:

Related Posts with Thumbnails