23 March 2008

BIO MEKANIK SOLAT

BIO MEKANIK SOLAT – Kaedah kemahiran KHUSYUK melalui fitrah biologi dan satu kaedah terapi. ( edisi Bio-Perubatan-IBADAH)

Dr. Yusof Abbas
Nur Tijarah Enterprise
RM16

-Jika dimaksudkan khusyuk solat itu tenang, kita memerlukan kaedah untuk menenangkan diri,Jika khusyuk itu dikatakan memberi tumpuan kepada bacaan, kita pelajari teknik membaca dengan berkesan.Jika khusyuk itu dikatakan sedang ‘bercakap dengan ALLAH’, kita pelajari ilmu berkomunikasi dengan berkesan.
-Jika dikatakan khusyuk itu membayangkan ka’abah dan membayangkan syurga – neraka, kita pelajari ilmu mengendalikan imaginasi dan ilmu otak manusia.
-Jika khusyuk itu dikatakan berdiri tegak dan sempurna toma’ninah, kita pelajari teknik betul megikut kaedah biologi untuk menggerakkan otot dan sendi2 badan.
-Jika dikatakan khusyuk itu mengosongkan fikiran dari memikirkan hal2 dunia, kita pelajari ilmu penumpuan fikiran.
-Jika dikatakan khusyuk itu mendengar teliti bacaan sendiri dan mendengar bacaan imam serta bacaan hati, kita pelajari ilmu kehebatan deria pendengaran dan hati manusia.
-Jika mengetahui maksud ayat2 yang dibaca akan membantu khusyuk, maka sepatutnya kita mempelajari tafsir terutama al-fatihah dan tahiyyat.
-Jika mata ditumpukan ke tempat sujud akan lebih fokus, marilah kita ketahui secara fisiologi hebatnya penglihatan kita.
-Atau jika dikatakan kesempurnaan wuduk asas menyempurnakan solat, maka kita pelajarilah kehebatan ciptaan air yang telah ahli saintis buktikan di makmal.
-Ataupun merasakan dengan menjaga pemakanan, kecergasan dan kesihatan, akan membantu khusyuk, juga akan dibincangkan dalam buku ini.

pondokbuku--> maaf, tiada gambar

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails