06 January 2012

SEHINGGA AL-QURAN TERPAHAT DI HATI






SEHINGGA AL-QURAN TERPAHAT DI HATI
(motivasi dan formula mudah menghafaz al-quran)

Mohd Salleh Abdul Razak
Telaga Biru SDN. BHD.
RM30.00, 314 hal




Buku Sehingga al-Quran terpahat Di hati merupakan suatu usaha penulis dalam gagasan menggalakkan umat Islam menghafaz al­Quran sebagai garis panduan hidup yang mampu memerintah dan memimpin manusia.

Al­Quran merupakan satu mukjizat yang kekal dan abadi untuk selama-­lamanya khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW. Inilah nikmat yang mampu menunjuk dan memimpin manusia agar berjaya mentadbir hidup di dunia ini menuju kepada hasanah di dunia dan hasanah di akhirat. Apabila al­Quran terpahat di hati, setiap anggota tunduk akur pada arahan al­Quran, setiap langkah tersusun mengikut rentak al­Quran, setiap tindak tanduk terbias daripada cahaya al­Quran dan setiap gerak­hidup selari di atas landasan al­Quran. Itulah harapan. Itulah impian.

Bukanlah mustahil bahawa daripada usaha yang kerdil, mampu mencetus sesuatu yang luar biasa sekiranya ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.

KANDUNGAN BUKU

Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian:
Bahagian Pertama: Sentuhan Hati dengan al-Quran.
Bahagian Kedua: Formula Asas Hafazan
Bahagian Ketiga: Formula Pemantapan Hafazan
Bahagian Keempat: Tidak Melupakan Al-Quran

KELEBIHAN BUKU INI

1. Ilustrasi yang menarik pembaca untuk membacanya.

2. Bahasa yang mudah difahami dan gaya bahasa yang menyentuh hati.

3. Mengadunkan teknik motivasi dan formula al-Quran yang praktikal untuk semua lapisan masyarakat.

4. Formula hafazan yang dibentangkan bukan sekadar untuk menghafaz al-Quran sahaja, malah mengajak pembaca menghayati dengan mendalam erti menghafaz al-Quran. Menunut pembaca untuk ‘menghidupkan al-Quran’ dalam kehidupan agar roh al-Quran mampu ‘bergerak dan hidup’ dalam kehidupan seharian.

5. Apabila membacanya, membuatkan pembaca tidak sabar untuk menghafaz al-Quran.

p/s pondok :: ensha Allah bermanfa3at dan amat membantu sesiapa yang berkeinginan kuat tuk menghafaz alQur-an. bi iznillah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails