05 January 2012

FIQAH MUALLAF





FIQAH MUALLAF ; ANTARA TUNTUTAN DAN KEUTAMAAN
Ustaz Mohamad Nidzam Abd. Kadir
Telaga Biru Sdn Bhd
RM20.00, 184 hal






Buku Fiqah Muallaf ini mencungkil secara detail dan terperinci masalah yang dihadapi oleh para muallaf serta mencadangkan jalan penyelesaian terutama yang berkaitan dengan hokum fiqah dan amalan seharian. Buku ini bukan sahaja sangat bermanfaat kepada para muallaf untuk meningkatkan keyakinan dan kefahaman mereka malah amat bermanfaat bagi seluruh umat Islam untuk melihat betapa mudahnya ajaran agama Islam itu dan sekali-kali tidak pernah memberati umatnya. Sesungguhnya muallaf merupakan golongan yang sangat bertuah kerana mereka diberi peluang oleh Allah SWT untuk mengenali Islam dan menerima petunjuk dan hidayah daripada-Nya. Hal ini kerana telah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh muallaf demi agama Allah.

KANDUNGAN

BAB 1: Fiqah Kepercaayaan
BAB 2: Fiqah Menganut Islam
BAB 3: Fiqah Akidah
BAB 4: Fiqah Solat
BAB 5: Fiqah Puasa
BAB 6: Fiqah Zakat
BAB 7: Fiqah Hubungan Antara Anak Muslim Dengan Ibu Bapa Yang Bukan Muslim
BAB 8: Fiqah Kematian
BAB 9: Fiqah Hubungan Suami Isteri
BAB 10: Fiqah Al-Quran Dan Ilmu Pengajian
BAB 11: Fiqah Harta Pusaka
BAB 12: Fiqah Berpakaian
BAB 13: Sejarah Silam
BAB 14: Kefahaman Fiqah Awlawiyyat (Keutamaan)
BAB 15: Kesimpulan

No comments:

Related Posts with Thumbnails