09 November 2011
'AQIDATUN NAJIN
'AQIDATUN NAJIN
Syeikh Zainul Abidin Bin Muhammad Al-Fathani (Tuan Minal)
Pengalih Tulisan Jawi Ke Rumi : Ustazah Noraine Abu
AL-HIDAYAH
RM 22.00 , 367 hal
Aqidatun Najin merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam Jawi. Kitab ini digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok ini telah dikarang oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. Seperti yang kita telah ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama.
Isu utama yang dibahaskan di dalam kitab ini berkisar berkenaan Ilmu Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. Buku ini amat berguna bagi semua pencinta ilmu dalam mendalami ilmu agama. Bagi memudahkan semua pembaca buku ini telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Semoga segala usaha dan pergorbanan ilmuan Islam nusantara sebelum ini kita terus manfaatkan untuk kecemerlangan seluruh Islam khususnya di Malaysia ini.
kitab ini yang bernama 'aqidatun najin ertinya; iktikad segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bid'ah pada bicara ilmu usuluddin atas mazhab ahli sunnah wal jama'ah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment