31 October 2011
SOLAT TERAKHIRKU
SOLATKU TERAKHIR
Kisah Pengajaran dan Teladan Keinsafan
Muhammad Uzair al-Aziz
Mulia Terang SDN.BHD
RM 18.00, 180 hal
" apakah sesaat lagi, apakah sedetik lagi akan aku bertemu lagi dengan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang? kalaupun aku diizinkan bertemu dengan Tuhanku dalam solatku, apakah Engkau akan terima sebagai amalku? apakah nanti Engkau terima doaku terhadap-Mu?
sebenarnya aku masih dan tetap mengharap Engkau terima solatku ini meskipun ianya cacat dan tercela. kerana solatku inilah bekalan terakhir buatku dalam pertemuan di dunia yang begitu singkat ini. malah aku bimbang solat yang aku kerjakan ini terulit kederhakaan terhadap-Mu ya Allah..
betapalah gerun dan mengerikan apabila Engkau mendatangkan azab kepada mereka yang mengabaikan solat terhadap-Mu. lantaran itu, pimpinlah aku dan seluruh hamba-hambaMu agar dapat mendirikan solat setiap waktu dalam apa jua keadaan."
Demikianlah sekelumit kisah tentang ibadat solat yang menjadi penentu segala amal seorang hamba Allah.Kisah-kisah ini telah dihimpun dan dimuatkan di dalam buku ini sebagai motivasi keinsafan kepada seluruh kaum Muslimin dan pembaca budiman agar solat yang menjadi tiang agama terus dan menyemarak dalam kehidupan yang sementara ini.
Semoga kisah yang dipaparkan member pengajaran untuk kembali taat menunaikan solat seperti yang telah disyariatkan oleh ajaran islam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
nice...Novi Effendi Blog
semoga kita selalu mengikuti petunjuk-Nya dan menjalankan ajaran-Nya.,,,amin
Post a Comment