28 December 2010

PENGHAYATAN NASIHAT RASULULLAH s.a.w



PENGHAYATAN NASIHAT RASULULLAH s.a.w
Abu Zharif Zihan
Kharisma Network
RM 14.00, 144 hal



Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang pendidik yang terbaik dalam sejarah kehidupan seluruh manusia. Cara pembelajaran yang digunakan oleh baginda bukan sahaja yang terbaik, malah kaedah baginda merupakan suatu panduan yang sangat lengkap. Baginda sering menggunakan pendekatan yang berbeza-beza untuk mengajar para sahabatnya mengenai agama Islam. Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat baik hati dan merendah diri apabila membetulkan sesuatu kesilapan. Baginda tidak pernah memalukan sesiapa pun yang telah melakukan kesilapan dan ketika cuba menegur serta membantu membetulkan kesilapan seseorang.

Dalam buku ini , penulis berusaha menerangkan kepada pembaca mengenai kaedah-kaedah yang telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam membetulkan kesilapan manusia. Jika kita melakukan perbandingan antara kaedah-kaedah tersebut dengan kaedah-kaedah pembelajaran paling moden pada masa kini, kita akan dapati bahawa kaedah-kaedah yang telah digunakan oleh baginda merupakan yang terbaik, walaupun telah diamalkan lebih 1400 tahun lalu semenjak zaman Rasulullah s.a.w.

Hayatilah isi buku ini dan mudah-mudahan anda mendapat manfaat yang terbaik. Selamat Membaca.

No comments:

Related Posts with Thumbnails