26 July 2010
SEMALAM DI BUMI ANBIA
CATATAN PENGALAMAN : Semalam Di Bumi Anbia
Firdaus Shahidin
Buku Prima
RM17.90 , 96 hal
Sebuah catatan pengalaman yang menjanjikan kenangan yang tidak akan dilupakan penulis. Pengembaraannya tidak hanya di Jordan, malah hampir keseluruhan tanah Arab dijelajahi, sama ada di Asia atau Afrika.
Catatan ini bermula dengan kehidupannya di alam persekolahan. Dia melalui saat-saat yang sukar untuk ditempuhi bagi memilih jalan hidupnya sendiri. Dia berada di dalam dilema sama ada mahu menuruti kata-kata orang tuanya atau kata hati. Segalanya terlerai apabila dia mengenangkan kembali kata-kata semangat dari ayah dan cikgunya.
Dan akhirnya dia berada di Jordan. Dia mengakui bahawa apa yang dipilihnya adalah yang terbaik buat dirinya. Pelbagai tempat, ilmu dan budaya telah ditimba di tanah yang diberkati ini.
Namun, dugaan Allah kepada hamba-Nya pasti tidak pernah putus. Tujuan-Nya hanya satu, agar manusia menjadi tabah dan mengingati-Nya. Penulis berhadapan dengan pelbagai rintangan yang akhirnya, mengajar penulis tentang erti kecekalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment