06 June 2009

SYARI'AH, SAINS DAN TEKNOLOGI


SYARI'AH, SAINS DAN TEKNOLOGI
Fadzlullah hj. Shuib
Al-Hidayah
RM 12.00 , 130 hal



Allah menciptakan alam ini pada hakikatnya demi kepentingan manusia untuk kemudian dimanfaatkan sebagai sarana untuk beribadah kepada Allah. Salah satu sarana untuk meneroka alam ini tentunya menggunakan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi bagi kemajuan manusia dan tamadun mereka. Malah al-Qur'an sendiri telah pun menyuruh umat Islam supaya membekali diri mereka dengan ilmu, sains dan teknologi.

Kini, hari demi hari, sains dan teknologi kian pesat mengalami kemajuan dan perkembangan. Namun, sains dan teknologi yang berkembang di dunia Barat jarang disertai dengan nilai-nilai etika dan moral, sehingga kemajuan dalam bidang sains sering digunakan untuk tujuan-tujuan yang bukan pada jalan yang sepatutnya. Malah kadang kala digunakan untuk menghancurkan dan sebagai alat pemusnah besarrbesaran.

Apakah konsep sains dalam Islam? Apakah nilai-nilai moral yang diajarkan Islam dalam bidang sajns dan teknologi? Sejauh manakah yariat Islam menggalakkan umatnya untuk membekali diri mereka dengan sains dan ilmu pengetahuan. Buku ini akan menjawab kesemua persoalan ini yang di antara tema bahasannya adalah:

1. Konsep sains, teknologi Islam dan manfaatnya bagi alam sejagat.
2. Syariah dan kepentingannya daJam sains dan teknologi.
3. Wahyu dan etika Islam dalam sains dan teknologi.

(diambil dari web al-Hidayah.)

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails