06 June 2009
ISU-ISU FIQH PERUBATAN SEMASA
ISU-ISU FIQH PERUBATAN SEMASA
Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su’aidan
terjemahan Dr.Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari
al-Hidayah
RM 38.00, 359 hal (HC)
Buku ini merupakan himpunan isu-isu fiqh perubatan semasa yang sering ditanya oleh masyarakat. Pengarang berusaha mengumpulnya pada satu tempat bagi memudahkan masyarakat mengetahui hukum-hukum yang berkaitan dengannya. Ia juga bertujuan memudahkan orang yang ingin mengetahui isu-isu tersebut membuat rujukan.
Dorongan pengarang berbuat demikian ialah melaksanakan konsep nasihatAllah dan Rasul, kitab dan orangorang Islam dan para pemimpin mereka. Isu-isu ini sangat perlu diketahui oleh para pegawai perubatan dan pesakit. Pengarang berusaha mengemukakan kaedah dan penjelasan walaupun kelihatan agak panjang. Tujuannya adalah untuk memberi kepuasan di dalam memberikan jawapan sehingga mampu memenuhi konsep memberi jawapan itu sendiri.
Pengarang berusaha sedaya upaya untuk memudahkan ungkapan dan penjelasan supaya dapat dimanfaatkan oleh seramai mungkin orang Islam walaupun mereka bukanlah orang-orang yang pakar di dalam bidang ini. Pengarang telah memilih teknik soal jawab dalam membentang isu-isu fiqh perubatan ini kerana lebih menudahkan mereka memahami dan mengenal pasti jalan penyelesaian setiap masalah.
(diambil dari web al-HIDAYAH.)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment