02 May 2009

CERITA DARI HATI

CERITA DARI HATI
(Cintakan ALLAH tiada kecewa)
Nurul Nazwa
aRisalah (hidayah)
RM 19.90
Demi ukhuwah...demi agama...demi Islam...
segala rintangan sanggup dilalui...

Aisya Humaira, seorang gadis remaja yang membesar dengan suasana zaman moden yang menuntut manusia berubah bersamanya. Namun dengan secebis kesedaran yang terdetik dalam kelopak iman, Aisya Humaira membesar dengan mempertahan agama dalam dirinya biarpun hidup di zaman penuh arus globalisasi. Berpegang pada prinsip La Ilaaha Illallah, Aisya Humaira tabah melalui dugaan yang menimpa perjalanan hidupnya.

Sudah menjadi adat manusia mencari ALLAH di kala kesusahan, Aisya Humaira cuba memberi bantuan. Membawa dan memimpin manusia kembali kepada ALLAH iaitu mencintai ALLAH ditingkat yang paling atas.
Namun, dikala dia cuba memimpin, ada juga yang menentang. Aisya Humaira tetap nekad dengan niatnya untuk mengajak manusia kembali kepada fitrah asal. Sesungguhnya dia tahu, itulah 'janji' yang telah ALLAH berikan pada siapa yang berjuang di jalan-NYA. Di hatilah Aisya Humaira memanjatkan doa dan harapan agar insan yang dibimbingnya menemui cinta Illahi yang lebih hakiki.
Hinggalah satu ketika Aisya Humaira sendiri diuji ALLAH. Aisya Humaira terpaksa membuat pilihan antara cinta manusia dan cinta ALLAH, antara cinta dan cita-cita. Aisya Humaira sukar membuat pilihan. Semakin dia istikharah, semakin dia kabur dengan jawapan-NYA. Semakin dia mengharap, dia rasa semakin disisihkan oleh-NYA. Sehingga dia merasakan ujian ALLAH padanya telah melemahkan prinsip yang dipegangnya selama ini.
Cinta ALLAH yang dipegangnya selama ini telah membawanya kepada cinta manusia yang turut mencintai diri-NYA.

No comments:

Related Posts with Thumbnails