08 February 2009

HIDAYAH


HIDAYAH (siri kuliah tafsir alQur-an)
T.G.Nik Aziz Nik Mat
Anbakri
RM 25.00



Naskhah HIDAYAH adalah kompilasi tafsir al-Quran yang menautkan fikrah Tuan Guru Nik Abd Aziz.

Hidayah banyak dirakam di dalam al-Quran, antaranya:

Maksudnya: Sesungguhnya Al-Quran ini memberi hidayah ke jalan yang amat lurus (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Surah al-Isra’:9)

Firman Allah SWT,
Maksudnya: “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus(hidayah).” (Surah al-Fatihah :6)

Anda pasti tersentuh tatkala mencicip tajuk demi tajuk seperti Para Nabi Allah Bukan Tukang Sihir, Politik Lain, Agama Lain?, Rakyat dan Kerajaan Mukmin, Negara Stabil, “Bawakan Aku KItab yang Lain”, Selarikan Ilmu Dunia dan Ilmu Akhirat dan Perhimpunan Mega di Padang Mahsyar. Apa yang mengujakan, metod yang dibawa oleh Tuan Guru sarat hidangan pelbagai analogi yang bersesuaian dengan realiti semasa. Ia asas kefahaman yang menerajui setiap kupasan ayat-ayat suci al-Quran dengan sokongan sunah nabawiah.

(ulasan dipetik dari http://www.anbakri.com/ulasan-buku-kompilasi-tafsir-al-quran-hidayah )

No comments:

Related Posts with Thumbnails