24 December 2008

TUHANKU MAHA BEST


TUHANKU MAHA BEST
Muhammad D. Sensa
PTS Litera
RM 13.00

Remaja membesar dalam suasana beribadah kepada Tuhan. Ramai tokoh Islam yang telah menjadi Muslim contoh sejak dari remaja lagi, bahkan sejak zaman kanak-kanak mereka. Mereka adalah Ali bin Abi Thalib, Abdullah bin Mas’ud, Fatimah Az-Zahra, Mush’aib bin Umair dan lain-lain. Anggapan mengatakan remaja berada jauh daripada Tuhan dan tidak melakukan ibadah adalah anggapan yang tidak tepat. Buku ini banyak menerangkan kepada remaja bagaimana cara ingin mendekati Tuhan.

Isi kandungan
Mukadimah
Kenapa Perlu Menemui Tuhan?
Bagaimana Cara Menemui Allah?

Gerbang Pertama: Melakukan Perjalanan di Muka Bumi
Mengamati Ciptaan Tuhan
Memerhatikan Peninggalan Sejarah
Menuntut Ilmu Pengetahuan
Jihad Fisabilillah
Haji dan Umrah

Gerbang Kedua: Zikrullah iaitu Berzikir
kepada Tuhan
Zikrullah dengan Lisan
Doa
Mengkaji Quran
Sembahyang
Bertafakur

Gerbang Ketiga: Berbuat Kebaikan
Puasa
Zakat dan Sedekah
Memakmurkan Masjid
Adab di Masjid

Gerbang Keempat: Menghidupkan Akhir Malam
Persiapan Menempuh Perjalanan


Penulisan yang sederhana ini adalah bukti keinginan penulis. Penulisan ini sebagai ungkapan kasih sayang yang mendalam untuk remaja yang akan memikul dan mengambil alih tanggungjawab dalam membuktikan Islam adalah rahmat bagi alam semesta ini. Penulis yakin remaja memiliki kemampuan yang lebih baik bagi menyempurnakan apa yang diwariskan oleh generasi sebelum mereka. Kita tidak perlu bimbang kerana segala kesulitan yang datang mudah dihadapi sekiranya kita dekat dengan Tuhan. Tuhan maha pengasih kepada kita. Tuhan ada menyebut, “Sesungguhnya Allah sangat lembut dan penuh kasih sayang kepada manusia.“ (Surah al-Baqarah, ayat 143 dan Surah al-Hajj, ayat 65)

No comments:

Related Posts with Thumbnails