09 October 2008
SURAH-SURAH RINDU
SURAH-SURAH RINDU
Saridah Hamid
PTS Millenia
RM 24.00
sinopsis
Nurin Hannah, semasa kecil dirinya dilimpahi kasih sayang daripada ibu dan ayahnya. Meskipun dia sering dianggap berbeza daripada adik-beradiknya, tetapi dia tetap bahagia bersama ahli keluarganya. Dia diberi pendidikan sempurna dunia dan akhirat serta hidup sebagai Muslimah sejati.
Semasa menuntut di universiti, hatinya diketuk seorang jejaka yang terkenal di fakultinya. Ibunya sering berpesan memintanya usah berkasih di kala sedang belajar. Dia akur dengan ingatan itu. Akhirnya, dia menerima salam persahabatan daripada jejaka itu selepas melakukan solat istikharah. Persahabatan itu dirahsiakan daripada warga kampus dan juga keluarga. Hanya sahabat karibnya, Liyana yang mengetahuinya.
Namun, dilema gadis kacukan ini bermula apabila mengetahui hakikat sebenar identiti dirinya apabila usianya meningkat remaja. Rupa-rupanya dia seorang anak angkat. Kisah ini terbongkar apabila dia menemui sepucuk surat usang yang disimpan arwah ayahnya dengan lalai. Kedudukan dirinya semakin keliru. Dia adalah anak tidak sah taraf. Berat hatinya mahu menerima hakikat sebenar.
Apabila memikirkan dirinya yang ditatang penuh kasih sayang, hatinya terubat. Akhirnya dia bertemu dengan mamanya. Dia mengambil masa bagi menyesuaikan diri dengan mamanya. Kini, dia ada dua ibu. Adakah mamanya dapat menerimanya? Adakah perbezaan agama antara mereka menjadi penghalang hubungan anak dan ibu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment