03 June 2008

SIRI SYAITAN MUSUH KITA


SIRI SYAITAN MUSUH KITA
Penyusun: Zakaria Sungib / Hj Badrul Hisham
RM21.90 , 120 hal

X-Files Syaitan Dibongkar!

Buku ini memaparkan fakta dan riwayat hidup makhluk terlaknat yang telah diberi ‘lesen besar’ untuk menyesatkan manusia sejak zaman Nabi Adam a.s. hingga hari kiamat, iaitu syaitan.

Menariknya buku ini, bukan saja gaya penulisannya begitu santai, malah keseluruhan buku dihiasi ilustrasi yang memikat dan gambar foto yang relevan. Sepenuhnya dalam warna-warni, dengan jenis kertas yang berkualiti. Inilah satu-satunya buku yang membongkar rahsia kehidupan syaitan yang dipersembahkan dengan lakaran karikatur-karikatur dan ilustrasi yang menarik (tentunya karikatur syaitan berdasarkan imaginasi pelukis semata-mata).

Melihat pada senarai bahan-bahan rujukannya, buku ini mengandungi fakta, maklumat dan tip-tip dari sumber-sumber yang autentik. Ini bermakna, fakta-fakta yang dimuatkan adalah ilmiah dan boleh dipertanggungjawabkan. Salah satu sumber rujukannya adalah tulisan-tulisan Dato’ Dr. Amran Kasimin, seorang penulis yang cukup dikenali dengan tulisannya berkisar tentang alam jin dan syaitan. Dr. Amran telah menulis kata pengantar untuk buku ini, malah turut menyemak dan mentashihkan isi kandungannya. Melalui buku ini, X-files Iblis dan syaitan habis dibongkar.

Antara lain, pembaca akan menemui jawapan kepada persoalan-persoalan ini:
· Yang mana Iblis, yang mana syaitan?
· Dari mana asal-usul Iblis dan syaitan?
· Apa kaitan syaitan dengan jin?
· Di mana bertapaknya empayar ‘Iblis Raya’?
· Siapa menteri-menteri dalam kabinet Iblis?
· Apa habitat kegemaran syaitan?
· Adakah syaitan beranak?
· Adakah syaitan tidur?
· Apa makanan syaitan?
· Berapa jangka hayat syaitan?
· Apa kekuatan dan kelemahan syaitan?
· Bagaimana modus operandi syaitan untuk menyesatkan manusia?
· Apa pintu-pintu laluan syaitan dalam tubuh manusia?

Pembaca diajak agar jangan takut kepada Iblis dan syaitan, namun jangan pula terlalu berani. Kisah-kisah para nabi dan orang soleh berdepan dengan syaitan, serta tip-tip yang diturunkan, memberi kekuatan tambahan kepada buku ini.

No comments:

There was an error in this gadget
Related Posts with Thumbnails