TIP-TIP EFEKTIF PIMPINAN ROHANI
-AL-GHAZALI buat REMAJA- cemerlang dunia akhirat
Deden Himawan
PTS Millennia
RM 14.90 ,157 hal
sinopsis
Al-Ghazali membuatkan daya pemikiran umat menjadi tumpul, umat menajdi taklid buta (iaitu hanya ikutan semata-mata...)
Cuba kita tanya kepada kawan-kawan kita yang beragama Islam, “Siapakah al-Ghazali?” Jawapan yang mungkin diberikan adalah ‘Tokoh besar umat Islam, pembela agama’, ataupun ‘Sufi yang menentang falsafah’ ataupun pengarang kitab Ihya’ dan sebagainya.
Al-Ghazali sememangnya tokoh yang dikenali dan penuh kontroversi. Kadang-kadang beliau dihina dan kadang-kadang dipuji setinggi langit.
Ds. Zwemmer, orientalis yang berasal dari Inggeris meletakkan al-Ghazali sebagai empat tokoh utama daripada kalangan Islam. Susunannya seperti berikut:
1. Nabi Muhammad.
2. Imam al-Bukhari, ulama hadis terbesar.
3. Imam al-Asy’ari, tokoh ilmu kalam dan pengasas aliran Asy’ariyyah.
4. Imam al-Ghazali, pengarang kitab Ihya’ ‘Ulum Al-Din.
Bukan hanya dalam dunia Islam, di kalangan ilmuwan Barat, nama al-Ghazali juga terkenal dengan nama latin Algazel. Beberapa karya al-Ghazali sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin sejak dahulu, terutamanya kitab Maqasid Al-Falasifah (Tujuan-tujuan falsafah) dan Tahafut Al-Falasifah (Keraguan falsafah) yang diterjemahkan oleh Dominicus Gundisalvus ke dalam bahasa Latin pada akhir abad kedua belas.
Kritikan al-Ghazali mengenai falsafah di dalam kitab Tahafut, memberi dorongan kepada seorang ahli falsafah Islam iaitu Ibn Rusyd (atau Averrous, dalam bahasa Latin) bagi membela falsafah. Beliau cuba menerangkan salah faham al-Ghazali berkenaan falsafah dalam kitabnya Tahafut Al-Tahafut (Keraguan Buku Tahafut).
Pengaruh al-Ghazali dalam falsafah Barat adalah kuat. Buktinya dapat dilihat dalam falsafah moden Barat yang bermula dari Descartes, secara metodologinya diambil daripada pendapat al-Ghazali.
04 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment