13 April 2008

KUANTUM DOA

KUANTUM DOA
H. Syukriadi Sambas, Tata Sukayat
PTS Millennia
RM 20.00 , 208 hal

sinopsis;

Bahan doa secara teologi sejarah adalah sebahagian daripada sesuatu yang diwariskan oleh para nabi yang wajib dihayati, difahami, diamalkan dan disampaikan oleh umatnya. Semua ini perlu dilakukan supaya umat Islam memiliki kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual secara serentak.

Tema mengenai epistemologi doa di dalam buku ini disusun melalui pendekatan dan kaedah berfikir daripada hasil renungan dan pengkajian pada rujukan yang mengandungi doa yang masih lagi berserakan dalam bentuk sub-disiplin ilmu. Mengenai doa, belum ada buku ataupun penulis yang menulisnya menjadi sebuah disiplin ilmu, sebagaimana ilmu-ilmu keislaman lainnya yang muncul kerana dorongan keagamaan. Contohnya perintah tafaqqah fi al-din, yang melahirkan disiplin ilmu fikah. Daripada metodologi yang membentuk disiplin ilmu fikah, muncul disiplin ilmu Usul Fikah. Tetapi ia berbeza dengan perintah doa. Belum banyak hasil tulisan yang secara khusus mengulas mengenai ilmu doa dan ilmu ushul al-dua (epistemologi doa) sebagai wujud pelaksanaan perintah berdoa. Dengan didasari pemikiran inilah maka munculnya epistemologi doa sebagai suatu faktor bagi meneruskan khazanah karya-karya para pakar terdahulu yang menulis mengenai doa. Buku ini mengandungi 12 bab seperti yang dapat dilihat dalam isi kandungan. Di sebalik angka 12 itu terdapat dua belas perincian daripada rukun Islam, iaitu rukun iman (enam), Islam (lima) dan ihsan (satu). Pada hakikatnya, pengamalan doa adalah sebahagian daripada kesedaran dan pelaksanaan keimanan, keislaman dan keihsanan. Penulis menyedari buku ini masih jauh daripada kesempurnaan. Tetapi, ikhtiar dan usaha penulis menghasilkan buku ini diharapkan dapat memenuhi keperluan semua pihak yang berkaitan dengan pembahasan buku ini dan juga berguna kepada para peminat pengkajian doa dan juga para pendakwah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails