KISAH PARA SYUHADA
(motivasi keberanian, keimanan dan pengorbanan)
Dr Ali Sami an-Nathar
Jasmin enterp.
RM 15.0 , 259 hal
sinopsis:
" Di sini saya telah mengumpulkan kisah-kisah para pejuang Islam yang mati syahid dari beberapa buah kitab seperti kitab as-Sirr, al-Maghazi, Tobaqot ar-Rijal dan kitab-kitab sejarah yang lain. Memandangkan tiadanya pihak-pihak tertentu yang mengeluarkan kitab-kitab dan dokumen-dokumen pada masa awal Islam iaitu di peringkat permulaan bersinarnya cahaya agama yang mulia ini, lalu saya dengan sedaya upaya telah mengumpulkan kisah-kisah tersebut dari pelbagai sumber yang kebanyakannya adalah cerita-cerita tentang para pejuang ALLAH, yang telah gugur syahid di medan peperangan di sekitar kurun pertama hijrah.
Ternyata bilangan mereka begitu ramai sekali. Semuanya dibentankan untuk tatapan para pembaca dalam bentuk yang teratur dan indah. Bukannya gambaran sastera yang lari dari kenyataan yang sebenar. Bahkan itulah yang telah berlaku sepertimana yang digambarkan. Tiada sebarang penambahan atau pengurangan pun padanya. Dan ini adalah keadaan sebenar lagi sempurna tentang sejarah dan kisah para syuhadak Islam yang telah berjuang demi mempertahankan ketinggian agama ALLAH yang tercinta.
15 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment