02 April 2008

BERJALAN DI ATAS UDARA

BERJALAN DI ATAS UDARA
Haji Johar Buang
Jahabersa
RM 11.90
171 hal (paperback)

Sinopsis:

Berjalan di Atas Udara Kekadang disebalik apa yang terpapar di alam nyata ini, secara tiba-tiba muncul pula sesuatu kejadian aneh dan luar biasa yang di luar jangkaan anda, tak pernah kita rancangkan atau mengimpikannya, boleh terjadi di depan mata kita, sama ada ianya melibatkan diri kita atau berlaku kepada seseorang lain. Dan tentunya lebih unik dan berharga jika pengalaman-pengalaman tersebut dapat dihimpunkan menjadi santapan rohani dan cermin yang dapat menyebarkan betapa wujudnya tanda-tanda kebesaran Ilahi di sebalik realiti kehidupan ini.

Umpamanya ada manusia yang amat pendiam, tetapi boleh mendengar suara hati orang lain yang sedang dalam kesusahan ketika berdoa kepada Allah, ada yang boleh ghaib sewaktu masuk ke dalam sebuah kamar kemudian muncul semula, ada yang dapat pergi ke Tanah Suci padahal tidak pernah menabung wang, ada yang tiba-tiba memeluk Islam kerana terpandangkan sesuatu yang tidak diperasan orang lain, ada yang boleh berjalan kaki dari satu tempat ke tempat yang jauh dengan masa yang amat singkat, semuanya berlaku dengan izin Allah. Sejajar dengan demikianlah, maka disajikan buku Berjalan Di atas Udara ini, mengimbau kepekaan penulis ke arah pengalaman masa silamnya, berisi kisah-kisah aneh dari kejadian benar, sebagaimana persembahan kisahnya diterajui sendiri oleh penulisnya dan disorot dengan amat berkesan pelbagai tema permasalahan hidup manusia di jagat ini, dengan gaya bahasa yang ternyata segar dan mengasyikkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails